SUMAYYAH DITAHNIK OLEH USTAZ HARON DIN
Tuesday, December 27, 2011
Monday, December 26, 2011
KELAHIRAN YANG DINANTI
SUMAYYAH BINTI KHAIRUL AZWAN
SUMAYYAH dilahirkan pada 23 Disember 2011 bersamaan ..., iaitu dua hari lewat selepas EDD (tarikh jangka / due date) 21 Disember 2011.
Dilahirkan di Hospital Putrajaya dengan berat selepas lahir 3.69kg, di tengah hari Jumaat (sebelum solat Jumaat) pada jam 11.26 pagi.
SUMAYYAH merupakan anak sulung bagi abi dan mummy, selepas 2 tahun setengah berkahwin :D xoxo
Abi dan mummy agak lewat menimang cahaya mata kerana mummy pernah keguguran 2kali sebelum mengandungkan SUMAYYAH hingga berjayanya !!! hahahaaa
Merupakan kelahiran yang sangat dinantikan kerana
abi dan mummy adalah anak sulung, dan cucu sulung/pertama yang berkahwin dalam keluarga kami.
Mummy memang plan nak bersalin di Hospital Putrajaya. Harap sangat-sangat. Antara sebabnya, mummy ade rekos perubatan kat sana, sebab time 2nd miscarriage mummy follow-up kat sana, dan 'mengeluarkan' baby mummy tu pun di sana. Lain dari tu sebab lebih rase puas hati sebab Hospital Putrajaya ade pakar/specialist untuk O&G.
Pada malam tarikh EDD tu 21 Disember 2011, mummy ade keluar cecair putih, jadi abi bawak mummy pegi labour room Hospital Putrajaya. Di sana, doktor dan nurse check graf jantung baby dan graf contraction. Mase tu takde rase pun lagi contaction.
Doktor jugak ade check bukaan pintu rahim, baru 2cm. Masih belum masanya.
Tag pada baby cot hospital ...
Beberapa jam selepas lahir, dah dibawa naik ke ward berama mummy...
Abi yang siapkan ni...rasenya la...
Ni pulak bila opah datang, opah pulak siapkan...
Dah malam, pasang lampu dan ward sejuk sebab kena pasang air-cond...
Lepas waktu melawat SUMAYYAH kena tinggal dengan mummy kat dalam ward. Sadis betui, dengan sakit yang masih menyengat, darah meleleh-leleh, berjalan terkedek-kedek, badan berpeluh-peluh...masam habis, letih beranak tak habis-habis...
Sedih, tak de sape sudi/boleh temankan kat ward...kelam-kabut bila SUMAYYAH menangis, taktau apa masalah. Lampin basahkah? berakkah? sejukkah? panaskah? rupenyer...tak nak tido dalam cot la. Jadi SUMAYYAH tido atas katil dengan mummy...
Saturday, December 24, 2011
Tuesday, December 20, 2011
DI ALAM RAHIM
IN MUMMY'S WOMB
Scan 4D ni dibuat di Hospital Umra, Shah Alam, Selangor. Masa tu, mummy dah 7 bulan pregnant. Asalnya nak buat scan ni di Hospital An-Nur, Bandar Baru Bangi, tapi derang reject sebab katanya baby dah besar dan tak boleh scan dengan clear.
Abi bersungguh-sungguh nak scan 4D, dengan gigih search kat internet di mana lagi kat Selangor ni boleh scan 4D. Mummy pulak dah give-up, malas nak cari. Akhirnya abi yang jumpa yang dicari kat Facebook katanya ada service scan 4D di Hospital Umra.
Macam-macam pendapat pasal scan 4D ni, ada yang kata masa yang sesuai 28week-32week, ade yang kata sebelum 28week.
Bayaran untuk scan 4D and 2D di Hospital Umra ni cuma RM100.00 saje, sesi selama 30minit, dan akan dapat CD yang ade gambar dan video 4D, dan beberapa keping scan 2D yang dicetak.
Waktu scan ni, baby tido. Jadinya -tukang scan- tu kena bangunkan baby supaya baby ade buat pergerakan. Hahaaaa...susah jugak nak bangunkan dia.
printscreen
video
Sebelum scan 4D ni, pernah jugak scan 2D di poliklinik biasa. Time tu bulan puasa, mummy ni risau anak dia lapar ke sebab kena puasa ngan mummy jugak.
Lepas abi balik keje, terus pegi poliklinik An-Nisa' untuk scan.
Bila scan, nampak baby aktif bergerak dan dok main-main tali pusat. Nampak jugak baby, masukkan jari dalam mulut. Alahai lapar betui le tu. Tapi sangatlah kelakar dan sweet je.
Sabar ye baby, sikit lagi masuk waktu berbuka, mummy makan banyak-banyak.
Subscribe to:
Posts (Atom)











