white noise ni kalo ikut wikipidea, bermaksud isyarat rawak yang tetap atau berturutan.
okay. kat sini saya nak bagitau yg saya gunakan white noise utk tidurkan anak. boleh?
hahahaa...utk ibu bapa muda dan bakal ibu bapa yang masih kurang pengalaman, mungkin ini dapat membantu. memang benar, sepatutnya nak tidurkan anak kita akan meratib atau bacakan ayat quran. sudah tentunya itu yang terbaik. namun, adakalanya anak-anak kecil terutamanya (infant) mengalami masalah colic atau melayu kata angin/kembung. masa ni, memang la kadang2 baca dah macam2, passed anak dari mama, p ke papa, p ke tokwan, sampai opah, maksu, moyang, sampai ke mama dia balik, anak tak berenti lagi menangis.
masa dia menangis ni la, suap susu pun dia nganga ja...walhal dia lapaq dan dahaga. bila nganga (sebab teriak)...memang la tak dapat susu tu kan. jadi dia berterusan menangis dengan kuat sampai merah muka2. memang kes naya kalo masa tu takdak orang lain yg boleh membantu. boleh 'cramp otak' mama dia. jadi di sinilah kegunaan white noise ni. saya dah praktik masa anak saya yg pertama. memang ada membantu.
ce try search kat youtube 'white noise' atau 'baby got colic'. cuba lah dengar. mungkin ada yg tak pecaya. dedulu masa anak pertama saya guna yg 'baby got colic'. sejak dari dalam pantang dah aplikasikan. memang dia boleh tido dengan bunyi itu. untuk anak kedua ni, selain dari terus gunakan 'baby got colic' saya try jugak white noise 'rain drop' dengan saya sekali mata layu nak tidoq....
Klik link di bawah...
Baby Got Colic
harsh giler kan bunyi dalam video youtube tu.
tapi itulah yang digunakan untuk tidurkan sumayyah...hahahaaa.
nasib baik masa tu kat bangi ni dah ade unify...play kat tv jela youtube video tu.
time tu belum ade smartphone atau tablet lagi....
sekarang turn khadijah pulak.....
kajian tentang white noise ni telah berkembang.
kami try white noise lain pulak, macam raindrop
raindrops is the best lullaby .... yawn yawn yawn
selain daripada tu...kita pelbagai gunakan lagi teknologi
yang mana ada application untuk smartphone and tablet yang dipanggil Relax Melodies (apple) atau Nature Sound (android)