Wednesday, December 17, 2014

Senarai Barangan Dapur

Pernah tak pernah tak korang bila nak keluar beli barang dapo, korang buat list pastu list tu tertinggal?

Ahahahahaa...tak pernah ke? I selalu je tau. Buat checklist kat kertas. Punya panjang list, pastu tinggal. Bawak diri je keluar. Ataupun sebab kelam kabut dengan anak-anak, tu yang boleh tertinggal tu.

So, solution yang I buat adalah dengan membuat senarai tu dalam note yang disimpan dalam handphone my husband. Apasal tak simpan dalam handphone sendiri? Sebab handphone sendiri pun sendiri selalu lupa nak bawak. Ohhh by the way, Im a housewife, so kalau nak keluar memang dengan husband la.

Dengan adanya senarai begini, kalo lupa jugak checklist barang nak beli tu, boleh je rujuk sini, apa barang yang takde dan nak dibeli.

~Barangan Rumah~

MEE : 
mee kuning, 
bihun, 
mee sanggul, 
keow teow, 
mee segera

VEGE : 
carrot, 
green peas, 
pak choy, 
brokoli, 
bunga kobis, 
bayam, 
kailan, 
tomato, 

UBI : 
kentang, 
labu, 
keledek

CILI : 
cili hijau, 
cili merah, 
cili padi

BAWANG : 
bawang merah, 
bawang besar, 
bawang putih, 
halia

KEKACANG : 
kacang panjang, 
kacang buncis, 
kacang botol, 
kacang bendi

BAVERAGES : 
kopi, 
nescafe, 
nescafe 3in1, 
milo, horlicks, 
tea, 
greentea, 
peppermint tea, 
cammomile tea, 
any juice

DEDAUN : 
daun kucai, 
daun kunyit, 
daun limat purut, 
daun kari, 
daun bawang, 
daun sup

FLOUR : 
tepung gandum, 
tepung beras, 
tepung jagung, 
tepung organik, 
tepung naik sendiri, 
tepung atta, 
tepung kastard, 
tepung hi-protein

DAIRY : 
fresh milk, 
hi calcium milk, 
unsalted butter, 
cheese, 
yogurt, 
eggs

FRUITS : 
pisang, 
apple, 
dates, 
anggur, 
pear, 
plum, 
dragon fruit, 
mangga, 
betik, 
apricot, 
blueberry, 
prun, 
plum, 
oren, 
kismis, 
kiwi

GULAGARAM : 
gula putih, 
garam bukit, 
gula perang, 
gula melaka

REMPAH : 
kari ikan, 
kari ayam-daging, 
kurma ayam-daging, 
rendang ayam-daging, 
kerutuk, 
pes tomyam

PEPPER : 
lada hitam, 
nutmeg, 
ketumbar, 
kunyit, 
saffron, 
fenugreek, 
kulit kayu manis, 
mint, 
lada putih, 
mustard seed, 
basil leaves, 
celery flakes, 
marjarom, 
paprika, 
oregano, 
parsley flakes, 
redpepper, 
thymes, 
tumeric leaves

PASTA : 
angle hair, 
sepageti, 
fettucini, 
elbow, 
macaroni, 
spiral, 
couscous

KEKACANG : 
kacang tanah, 
kacang merah, 
kacang hijau, 
kacang hitam

SAUCE : 
pasta sauce, 
chilli sauce, 
tomato sauce, 
kicap manis, 
kicap masin, 
kicap pekat, 
kicap cair


Tuesday, December 2, 2014

Buku : Parenting Books.

Perkogsian.

Ramai yang sedia maklum dan biasa membaca tentang amalan kerohanian yang boleh ibu bapa amalkan bagi tujuan 'memperbaiki', ' mengeratkan', dan 'memesrakan' hubungan ibu bapa dengan anak-anak.

Sesungguhnya pengisian rohani itu bukan hanya perlu ketka kita punya masalah. Harus juga diingat hidup 'smooth' aje pun mungkin ujian. 

Apa yang saya nak kongsi di sini adalah tentang pembacaan ilmu parenting. Cari, beli dan baca buku2 ilmu parenting yang terbaik pasaran. Kebanyakannya buku luar negara, dalam bahasa inggeris. Tak faham? Alaa...bukan tak faham sampai tahap macam baca buku tulisan nihongo (jepun) kan? InsyaAlah (tak perlu berlafaz niat sekalipun) Allah tahu isi hati kita. Memula macam (saya) paksa diri jugak, tapi saya teruskan. Baca tapi lepastu lupa. Tapi sebab niat tu untuk kebaikan, Allah bantu. 

Pilih buku2 yang bestseller, yang dicetak semula berkali-kali tu.
Jangan salah faham soal mengagungkan buku luar, penulisan penulis bukan muslim dan sebagainya. Kita bercakap soal mencari ilmu sekarang ni. Sebebnarnya ilmu parenting ni tak boleh pun nak belajar secara teori, tapi pembacaan ni banyak membantu.

Dari pengalaman saya membaca buku-buku, kalau betul la pilihan buku kita beli tu, memang sangat "terkena batang hidung sendiri". Baca aje, terbayang diri sendiri dengan anak-anak, apa yang kita buat seperti marah, menjerit, dan kadang-kadang memukul. Sebagai contoh kalau baca tentang perangai anak peringkat toddler, dan masa tu kita ada anak umur 2.5 tahun ke 3 tahun. Memang secara langsung setiap point yang diberi itula yang kita hadapi hari, itula kesilapan yang kita ulang setiap minggu. Anak-anak peringkat umur begini, taktau nak bagitau apa yang depa nak, apa yang depa tak suka, jadi komunikasi tu selalu terbantut. Cakap kita depa tak paham, kita cakap depa buat taktau.

Dengan pembacaan buku-buku itu saya seperti dapat rasa ada orang dok bagi nasihat, bagi pendapat, dan bagi penyelesaian setiap masa. Seperti ada yang memahami situasi kita. Bila berdepan dengan anak yang payah ajak tidur, macam mana nak buat. Bila berdepan dengan anak yang kuat tantrum, macam mana nak handle. Bila nak tegur anak, macam mana nak cakap. Semua tu sangat membantu. Sikit sebanyak stress tu kurang, bila kurang stress, letih tu takla teruk sangat. Bohongla kalo tak letih jaga 2 toddler dan sorang baby. Bab basuh berak ja pun dah tersandaq....

Parenting bukannya perkara yang mudah. Orang pompuan ni pulak akal banyak dikuasai nafsu, sedangkan iman pun turun naik, ini kan pulak kesabaran bila berhadapan anak-anak kecil.

Mana nak cari buku-buku ni? Kat bahagian parenting di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.  Yang ada banyaknnya kat MPH atau Kinokuniya la. Selain dari buku paperback, boleh jugak beli eBook. Tapi entahla, saya tak suka sangat eBook, tak feel la orang kata. Lagipun kalo eBook, nak baca kena guna gadget, saya takmau anak saya salah faham bila tengok saya asyik dengan gadget begini. Depa bukan tau kita tengok blog ka, tengok FB ka, tengok IG ka atau baca eBook. Nampak ja saya pegang phone or iPad, satgi Sumayyah tu mai mintak mother goose club la, abc song la. BIG NO!

Dan ada la saya kot yang perasan, bila saya dok gigih baca buku-buku ni, Sumayyah tu 
tengok, dia p amik story book dia pastu mai bertenggek kat sebelah suruh bacakan. 
hahaha....sangat positve bukan? Tu yang syok tu...

Kalo nak cerita, kalo rajin baca...mula2 dulu saya pilih buku parenting ni main ikut instinct ja. husband bawak p Kinokuniya KLCC, saya main pilih ja 3 buah buku. Ambik yang rak paling atas. Taktau pun buku tu elok ka tak. Orang kata ikut nasib ja. Memng nasib baik. Alhamdulillh, pilihan yang betul.


Monday, December 1, 2014

Know Your Child (Kenali Anak Anda)

TEMPERAMENTS

 Apakah itu Temperaments

(dari pemahaman saya)
Temperaments adalah kualiti dan karektor yang ada dalam diri setiap individu (personaliti) yang mengambarkan 'personal style'  atau dalam bahasa pasar 'wiring'.

Temperaments ni memang ada atau dilahirkan bersama dengan setiap anak. Walaubagaimanapun, bagaimana interaksi antara anak dan ibubapa akan memberi kesan kepada perkembangan personaliti anak-anak.

Temperament is inborn and has a power effect on the way your young child reacts to his environment - and to you. Take a moment to consider your child and each of the nine temperaments :