Sunday, March 29, 2015

Bagaimana Untuk Respon Apabila Anak Menipu

Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dikongsi apabila anak kita cuba untuk menipu.
  1. Berpura-pura seperti kita mempercayai cerita yang disampaikan oleh anak, disamping cuba untuk menokok-tambah cerita tersebut untuk menjadikannya lucu dan tidak masuk akal.
  2. Fokus pada penyelesaian bukan pada menyalahkan. Contoh: tidak perlu bertanya kepada anak kita siapa yang membuat sepah atau kotor, sebaliknya bertanya jika mereka memerlukan bantuan kita untuk membersihkan kawasan yang kotor tersebut. Atau bertanya kepada anak kita, adakah dia mempunyai idea untuk menyelesaikan masalah tersebut.
  3. Cuba untuk menjiwai perasaan anak-anak kita. Bertanyalah kepada dia, adakah dia berasa takut untuk mengakui kesilapannya? Katakan pada dia, bahawa semua orang mempunyai perasaan itu pada waktu-waktu tertentu. Beritahu pada dia, perasaan itu normal.
  4. Beritahu kepada anak kita bahawa dia perlu belaar menerima tanggungjawab atas setiap tindakan yang telah dia lakukan. Sama ada baik atau buruk. Katakan padanya bahawa kita semua pernah melakukan kesilapan, tetapi menyalahkan orang lain, adalah tindakan tidak bertanggungjawab.
  5. Beritahu anak-anak kita tentang maksud amanah atau kepercayaan. Bantu anak kita untuk melihat/memahami perkaitan antara pentingnya berkata benar dengan pentingnya kepercayaan orang sekeliling terhadapnya. Bantu mereka melihat dari perspektif yang lebih matang.



Saturday, March 28, 2015

Sebab Anak-anak Tidak Mendengar Kata


1)      Orang dewasa atau ibubapa lebih gemar menjerit, menempik, mengajar, mahupun berleter sebaliknya tidak mahu mendengar apa yang anak mahu katakan.

2)      Orang dewasa atau ibubapa tidak mahu bertanya pendapat anak tentang apa yang patut dan tidak patut si anak itu lakukan, sebaliknya hanya mahu memberitahu/memberi arahan sahaja.

3)      Orang dewasa atau ibubapa gemar mewujudkan situasi tegang (power struggles) dengan anak-anak yang menjadikan siapa menang (winning) adalah lebih penting (more than cooperating).

4)      Kanak-kanak/anak-anak itu telah diprogramkan oleh pencipta untuk mempunyai sifat suka meneroka (development to explore), sedangkan orang dewasa/ibubapa tidak mahukan itu. Suara hati atau keinginan mereka adalah lebih kuat daripada suara-suara ‘arahan’ ibubapa.

5)      Kanak-kanak/anak-anak tidak atau belum mampu menerima arahan kerana kemahiran social dan kemahiran berfikir mereka belum lagi terbentuk.

6)      Keperluan (priorities) kanak-kanak/anak-anak adalah berbeza daripada orang dewasa/ibubapa.

7)      Orang dewasa/ibubapa juga tidak mahu mendengar kehendak kanak-anak/anak-anak (sepertimana ibubapa mengatakan anak-anak tidak mendengar kata mereka).



Wednesday, March 4, 2015

Jenis-jenis Disiplin Yang Perlu Dielakkan.


Kebanyakan daripada kita biasa melakukan kesalah-kesalahan ini.

Semasa mendisplinkan anak-anak, kita menjerit, menengking, atau membebel, adalah lebih baik kita berhenti. Jika semasa mendisiplinkan anak, kita mula memukul mereka, adalah lebih baik kita berehnti. Jika semasa mendidiplinkan anak, kita mahu anak-anak patuh dengan cara mengancam, atau memberi amaran kepada mereka, adalah lebih baik kita berhenti. 

Semua kaedah ini adalah tidak dianggap tidak menghormati anak-anak, dan menimbulkan kesangsian, menjatuhkan air muka, dan menjadikan anak-anak suak memberontak – sama ada pada masa itu, atau pada masa akan datang. Sebenarnya disiplin melalui hukuman hanya akan mewujudkan lebih banyak salah lau pada anak-anak.

Kita mungkin terfikir, kaedah-kaedah inilah yang ibubapa kita lakukan pada kita suatu masa dahulu. Jika cara-cara begitu salah, apa yang kita sebagai ibubapa boleh lakukan lagi? Biarkan sahaja anak-anak lakukan apa yang mereka mahu? Tidak sama sekali! Tidak menetapkan sempadan dalam mendidik anak-anak adalah tidak sepatutnya diamalkan. Kerana ia tidak membantu anak-anak kita tentang kemahiran-kemahiran penting di dalam kehidupan mereka. Anak-anak perlu diberitahu apa yang sepatutnya mereka lakukan dan apa yang tidak sepatutnya mereka lakukan.


Kita selalunya tidak mampu untuk mengawal perangai orang lain, tetapi kita sepatutnya boleh mengawal sikap kita sendiri. Apabila kita mahu mengawal perangai anak-anak, kita selalunya akan mewujudkan situasi ‘power struggles’. Hidup sebagai ibubapa kepada anak-anak pra sekolah akan menjadi lebih mudah apabila kita sentiasa positif dengan mereka. Anak-anak tidak akan mendengar apa yang kita katakana apabila mereka berada dalam keadaan takut, sakit atau marah.

Note : Punishment derails the learning process.

Tuesday, March 3, 2015

Kemahiran Sosial dan Kehidupan.


Mengajar anak-anak bagaimana untuk bersosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa, bagaimana untuk menyuap makanan sendiri dan memakai pakaian, serta belajar tentang tanggungjawab akan menjadi antara subjek penting di dalam tahun terawal nak-anak prasekolah. 

Keperluan untuk terus belajar kemahiran social, dan kehidupan tidak akan berkurang, sebaliknya akan sentiada ada seiring dengan usia dan persekitaran.

Malah, harga diri sebenar di dalam diri anak-anak tidak terbentuk hanya melalui kasih sayang, pujian, kebendaan sebaliknya ia dating apabila anak-anak mempunyai kemahiran hidup yang baik.

Anak-anak kecil suka meniru apa sahaja yang ibubapa lakukan. Dan apabila mereka sudah mempunyai kemahiran hidup yang lebih baik, kita boleh jadikan mereka manusia yang lebih berketerampilan.


Note : Mengajarkan anak-anak ilmu kemahiran memerlukan kesabaran yang tinggi. Di dalam setiap detik-detik itu akan menyiman ‘childhood memory’ yang amat berharga untuk anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

Kuasa Peribadi dan Autonomi


Membangunkan autonomi dan inisiatif adalah tugas-tugas terawal di dalam perkembangan awal kanak-kanak. Mungkin juga ibubapa mungkin tidak menggemari tugas ini. Kebanyakan anak bongsu akan lebih mudah belajar menggunakannya. Jika ibubapa masih ragu tentang kepentingan kemahiran ini, imbas kembali bilakah kali terakhir kita mendengar anak-anak kita mengatakan “Tidak, saya tidak mahu!”

Menjadi sebahagian daripada tugas kita sebagai ibubapa untuk membantu anak-anak menggunakan kuasa yang mereka ada kea rah posiitif. Menunjukkan contoh kepada mereka bagaimana menggunakan kuasa ini untuk menyelesaikan masalah, mempelajari kemahiran hidup, dan bekerjasama sesama mereka.

Hukuman tidak akan memberi sebarang pengajaran, sebaliknya aplikasikan disiplin yang efektif dan mempunyai nilai moral yang baik bagi membentuk anak-anak kita.

Note : Hukuman yang menyakitkan sama ada dari segi fizikal mahupun mental hanya membawa kesan negatif kepada anak-anak. 

Monday, March 2, 2015

Kepentingan Perasaan Diperlukan dan Memerlukan.

Sudah semestinya kita semua tahu bahawa semua anak-anak memerlukan kita sebagai ibubapa mereka. Kebanyakan ibubapa pastinya mempercayai bahawa apa yang diperlukan oleh setiap anak-anak adalah perasaan kasih sayang.

Tetapi, kasih sayang sahaja tidak semestinya akan mewujudkan perasaan diperlukan dan memerlukan antara ibubapa dan anak-anak. Sebaliknya, kasih sayang juga apabila berlebihan membuatkan ibubapa sering memanjakan anak-anak secara keterlaluan, menghukum anak-anak atas alasan sayang, atau membuat keputusan yang kurang bagus bagi pihak anak-anak.

Semua orang – ibubapa dan anak-anak – memerlukan di antara satu sama lain, dan diperlukan untuk memainkan peranan masing-masing.

Kita semua, kita menerima diri kita masing-masing seadanya tanpa sebarang syarat, tanpa mengira kebolehan atau kelebihan yang kita ada. Anak-anak sangat kuat mempunyai perasaan memerlukan kita sebagai ibubapa. Lagi pula, anak-anak kita masih belajar tentang dunia di sekeliling mereka dan di mana tempat untuk mereka berada. Apa yang mereka tahu, mereka tetap mahu disayangi, dipeluk, dicium dan dikasihi walaupun mereka sering mengamuk, tantrum dan sebagainya.

Anak-anak yang merasakan diri mereka tidak diperlukan, akan menjadi anak yang tiada keyakinan, dan anak-anak yang tiada keyakinan selalunya akan melakukan perbuatan yang tidak baik (misbehave). Anak-anak akan menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan perhatian dan rasa diperlukan daripada kita sebagai ibubapa.

Malah salah laku anak-anak juga boleh dikira sebagai “amaran” kepada kita sebagai ibubapa bahawa mereka kekurangan perhatian, masa bersama, kasih sayang dan perasaan memerlukan. Oleh itu kita seharusnya peka akan “amaran” seperti ini, agar hubungan kekeluargaan ini tidak terus rosak.

Apabila kita berjaya mewujudkan rasa diperlukan dan memerlukan antara setiap ahli keluarga, rumah akan menjadi tempat paling selesa, tenang dan selamat buat anak-anak.


Nota : Rumah adalah simbolik kepada titik perhubungan semua ahlinya. Mungkin sebab itu ada yang mengatakan rumah adalah di mana adanya ibubapa. Hubungan yang baik antara ibubapa dan anak-anak menjadikan titik perhubungan itu sentiasa menarik-narik ahlinya untuk sentiasa bersatu, rasa tenang bila bersama, dan rasa selamat walau di mana mereka bersatu.

Sunday, March 1, 2015

Apakah Yang Anak-anak Kita Perlukan.


Terdapat perbezaan antara kehendak dan keperluan dalam perkara ini. Keperluan untuk setiap anak-anak kita adalah lebih mudah daripada yang sering kita jangkakan. Tetapi kebanyakan daripada kita sering tunduk kepada kemahuan anak-anak sehingga membawa kepada masalah bukan sahaja kepada diri kita sebagai ibubapa, tetapi juga memberi kesan buruk kepada perkembangan anak-anak kita.

Sebagai contoh, anak-anak kita diperingkat prasekolah memerlukan makanan, tempat tinggal dan penjagaan. Anak-anak kita memerlukan kasih sayang dan keselamatan. Dia tidak memerlukan gadget-gadget pintar, televisyen di bilik tidur, atau sebuah trak miniature. Anak-anak kita memang gemarkan televisyen, tetapi pakar-pakar mengatakan bahawa pendedahan (keterlaluan) apa-apa jenis skrin kepada anak-anak diperingkat tahun-tahun terawal boleh menjejaskan perkembangan otak yang optimal. 


Dia mungkin mahu tidur di bilik tidur bersama kita, tetapi anak-anak kita akan belajar membentuk rasa berani dan yakin diri dengan belajar tidur di biliknya sendiri. Anak-anak kita memang sukakan kentang foreng dan minuman berkarbonat, tetapi jika kita hanya berterusan memberikan makanan tidak berkhasiat ini atas alas an anak sukakannya, kita akan menyebabkan mereka menjadi obesity.


Dari awal kelahiran anak-anak ke dalam hidup kita, anak-anak mempunyai 4 keperluan asas :
  1. Perasaan diperlukan dan memerlukan.
  2. Perasaan yakin diri, keberanian dan kepercayaan.
  3. Kuasa peribadi dan autonomi.
  4. Kemahiran social dan kehidupan
Jika kita mampu memberikan kesemua keperluan ini kepada anak-anak kita, ini akan memberikan kelebihan kepada anak-anak kita untuk menjadi manusia yang lebih kompten.


Nota :