1) Orang dewasa atau
ibubapa lebih gemar menjerit, menempik, mengajar, mahupun berleter sebaliknya
tidak mahu mendengar apa yang anak mahu katakan.
2) Orang dewasa atau
ibubapa tidak mahu bertanya pendapat anak tentang apa yang patut dan tidak
patut si anak itu lakukan, sebaliknya hanya mahu memberitahu/memberi arahan
sahaja.
3) Orang dewasa atau
ibubapa gemar mewujudkan situasi tegang (power struggles) dengan anak-anak yang
menjadikan siapa menang (winning) adalah lebih penting (more than cooperating).
4) Kanak-kanak/anak-anak
itu telah diprogramkan oleh pencipta untuk mempunyai sifat suka meneroka
(development to explore), sedangkan orang dewasa/ibubapa tidak mahukan itu.
Suara hati atau keinginan mereka adalah lebih kuat daripada suara-suara ‘arahan’
ibubapa.
5) Kanak-kanak/anak-anak
tidak atau belum mampu menerima arahan kerana kemahiran social dan kemahiran
berfikir mereka belum lagi terbentuk.
6) Keperluan (priorities)
kanak-kanak/anak-anak adalah berbeza daripada orang dewasa/ibubapa.
7) Orang dewasa/ibubapa
juga tidak mahu mendengar kehendak kanak-anak/anak-anak (sepertimana ibubapa
mengatakan anak-anak tidak mendengar kata mereka).
No comments:
Post a Comment