Friday, April 3, 2015

Perasaan Yakin Diri, Keberanian dan Kepercayaan.

Anak-anak prasekolah tidak akan mula belajar membuat keputusan sendiri, belajar kemahiran baru, atau belajar mempercayai keupayaan diri sendiri jika kita sebagai ibubapa tidak memberi ruang kepada mereka untuk melakukannya.
Apa yang ibubapa harus amalkan dan biasakan pada tahun-tahun terawal prasekolah adalah membiarkan dan melepaskan anak-anak kecil ini belajar tentang kemahiran hidup. Dan sudah tentu dengan pemantauan oleh ibubapa sendiri.

Kata-kata sahaja tidak cukup kuat untuk membantu membentuk rasa yakin diri, berani dan percaya pada diri sendiri di dalam diri setiap anak. Keyakinan hanya akan terbentuk dan melekat kuat di dalam diri mereka apabila mereka berpeluang untuk belajar dan melalui sendiri kejayaan dan kegagalan di dalam ilmu kemahiran hidup yang mereka perolehi.


No comments:

Post a Comment