Sunday, March 1, 2015

Apakah Yang Anak-anak Kita Perlukan.


Terdapat perbezaan antara kehendak dan keperluan dalam perkara ini. Keperluan untuk setiap anak-anak kita adalah lebih mudah daripada yang sering kita jangkakan. Tetapi kebanyakan daripada kita sering tunduk kepada kemahuan anak-anak sehingga membawa kepada masalah bukan sahaja kepada diri kita sebagai ibubapa, tetapi juga memberi kesan buruk kepada perkembangan anak-anak kita.

Sebagai contoh, anak-anak kita diperingkat prasekolah memerlukan makanan, tempat tinggal dan penjagaan. Anak-anak kita memerlukan kasih sayang dan keselamatan. Dia tidak memerlukan gadget-gadget pintar, televisyen di bilik tidur, atau sebuah trak miniature. Anak-anak kita memang gemarkan televisyen, tetapi pakar-pakar mengatakan bahawa pendedahan (keterlaluan) apa-apa jenis skrin kepada anak-anak diperingkat tahun-tahun terawal boleh menjejaskan perkembangan otak yang optimal. 


Dia mungkin mahu tidur di bilik tidur bersama kita, tetapi anak-anak kita akan belajar membentuk rasa berani dan yakin diri dengan belajar tidur di biliknya sendiri. Anak-anak kita memang sukakan kentang foreng dan minuman berkarbonat, tetapi jika kita hanya berterusan memberikan makanan tidak berkhasiat ini atas alas an anak sukakannya, kita akan menyebabkan mereka menjadi obesity.


Dari awal kelahiran anak-anak ke dalam hidup kita, anak-anak mempunyai 4 keperluan asas :
  1. Perasaan diperlukan dan memerlukan.
  2. Perasaan yakin diri, keberanian dan kepercayaan.
  3. Kuasa peribadi dan autonomi.
  4. Kemahiran social dan kehidupan
Jika kita mampu memberikan kesemua keperluan ini kepada anak-anak kita, ini akan memberikan kelebihan kepada anak-anak kita untuk menjadi manusia yang lebih kompten.


Nota : 

No comments:

Post a Comment